Monday, March 7, 2011

JALAPENO CHEESE
Ini lah jalapeno cheese yg kita selalu makan dgn wedges kat kfc tu.klu ada kat rumah boleh makan puas-puas ye.ada sesiapa nak beli cheese ni?cuma rm15 untuk 200g.klu yg jauh2 tu harga pos kira lain ye.
cheese ni boleh makan dgn fries,nugget,ayam .yang terbaru dgn spring potato.baru-baru ni jan buat macaroni cheese ,sedappppppppppp.
sesiapa yg nak beli boleh sms jan 019-5782008

Wednesday, February 23, 2011

PUFF PASTRY
Inilah rupanya pastri puff yang jan selalu guna untuk buat puff sardin ke,apple pie ke,blueberry puff ke dan macam lagi la.harga dalam rm4.50 tp kalau ada offer kadang2 rm3.90.benda ni ada jual kat tesco,giant,econsave,the store,jusco,billion pun ada.

Wednesday, February 16, 2011

crazy chocolate cake







tak ke gila mendengar nama kek ni.kek pun ada yg gila ke?tapi kek ni la yg dah banyak bagi hasil kat jan.jan dapat resepi ni kat myresepi.com.mula2 baca bahan2nya dalam hati dah berkata2 pelik la resepi ni,memang gila betul.dah la x pakai butter or margerine,telur pun x pakai pastu kena pakai cuka pulak tu.ish,ish,ish.mari kita tgk macam mana resepi nya.

crazy chocolate cake

bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
bahan2 ini diayak sekali
2 cawan gula halus
secubit garam
bahan2 A disatukan dan di gaul sebati ,ketepikan.

bahan B

2 cawan air peti ais
3/4 cawan [160 ml] minyak masak
2 sudu besar cuka
2 sudu teh vanilla
bahan2 B di satukan

lepas tu masukkan bahan B kedlm bahan A.kacau rata dan sebati,bila dah sebati masukkan dalam acuan dan bakar ikut kesesuaian oven masing.selalunya bakar 170 C selama 50 min.

untuk topping
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh minyak
semua bahan dimasak atas api hingga agak pekat.

bila kek dah sejuk baru boleh letak topping yg suam2 tu.jgn tunggu topping sejuk plak.masa suam2 tu terus tuang atas kek.
selamat mencuba.

dinner


dinner mlm semalam buat dory fish,wedges,coslow,jagung dgn jalapeno cheese.qistina & qaisara dok sibuk minta ikan lembut.balik dari office terus buka fridge keluarkan ikan yg keras macam batu.pastu terus potong kobis,carrot buat coslow dan simpan dalam fridge.lps solat isyak baru nak goreng ikan,tu pun masih ada aisnya.by the time nak makan si qistina nak tido.qaisara cakap adik dah penat kejutkan kakak tp x bangun2 gak.tak apa la dik esok dia breakfast dgn ikan lembut ni.

Sunday, February 6, 2011

Balik Kg Bagan Baru,Selama.
















cuti CNY,kami balik kg bagan baru.kat mana?selepas batu kurau tp sebelum sampai kubu gajah.
ni kg ayah,nasib baik la mak sedara masih ada boleh dok kat rumah tu sorang2 plak tu,sian dia.cik nyah dah biasa ye tak.klu dulu ada gak arwah cik dah temankan tp sekarang cik nyah sorang dok rumah tu.sekali sekala ada la anak cucu menakan datang jenguk.
dulu2 zaman kecik2 bila waktu nak raya penuh sesak rumah ni.best sesgt.masa kecik dulu bila balik kg jer kepala otak dok ingat sg jer bukan ingat nak jumpa opah & tok ayah.

Sunday, January 30, 2011

kelas kek fondant setingkat
















Semalam 30 Jan 11,sehari suntuk dok kat bengkel sis lea dok belajar kek fondant.belajar buat bunga rose dari gum paste dari pukul 10am smpi pkl 1pm berhenti lunch jap psatu sambung buat fondant plak..penat memang la tapi fun sbb dpt belajar benda baru.tq sis lea sbb sudi ajar dan sudi bg tips2 lagi.

Thursday, January 27, 2011

portuguese egg tart


nak buat egg tart dah lama tp x berkesempatan,tetiba masa cari resepi kat myresepi.com ternampak resepi yg senang dan bahan2 pun ada.

jann buat 2 adunan dpt la 2 tray.masa keluarkan 1st tray si qaisara pun ckp 'ibu wanginya adik nak ye',kejap la dik tgh panas mcm mana nak makan.nanti bila dah sejuk adik mkn la.

emm ,x sempat nak sejuk dia dah ngap. bila tanya adik dah mkn berapa,sambil dia kira bekas2 yg di mkn 'adik mkn 6 dah ibu.mak ai,semua org x mkn lagi.x apa nanti adik bg sorang 1.

dlm hati ckp sib baik buat 2 adunan,klu x utk bkfast pun x ada.



pagi2 tadi dah bekalkan kakak & abg ada lagi tinggal 6 ketul.qaisara ckp tinggalkan utk adik ye,nanti balik sekolah adik nak mkn.adusssssss.qaisara ooo qaisara.

as salam semua,lama betul x buka blog ni.bukan apa cuma jann x mahir dlm blog2 ni.tapi tiap ari jann berfb.ni terasa nak aktif berblogging plak.

malam smlm jann mencuba resepi portuguese egg tart,resepi skyblue dlm myresepi.com.resepi ni memang senang.